Wednesday, January 01, 2014

mencuba tuah pada 2014 / trying my luck in 2014

Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua. Hari ini, 1hb Januari 2014, cuacanya sangat baik,  matahari menyinar dengan gembira. Sangat sesuai untuk ku menjengah ke  taman kecil. Sepeket benih bunga aster (warna campuran krim, merah jambu & ungu) ku tabur dalam pasu dengan harapan yang berbunga-berbunga. Semoga, salah satu warna akan tumbuh sihat serta mengeluarkan kuntuman bunga yang mekar. Atau, mungkin kesemua benih yang ditabur menjadi pokok dan berbunga-bunga cantik mewarnai taman kecil ku. Tahun baru ini juga, masa untuk kita mencuba tuah dengan projek baru.


Happy New Year 2014 to all. Today, January 1st, 2014, is a bright sunny day, just perfect for me to tender my little garden. Trying my luck, i planted some aster seeds, colour mixture of cream, pink & purple. May one of the colour will survive and grow. Or maybe I will be so lucky, the three colours i.e. all seeds will germinate and grow and bloom, adding colours to my little garden. Yes, a new year is a great start a new project. Try your luck ;-)