pengalaman yang melucukan kerana saya terkasima melihatkan mesin jahit yang saya harus gunakan di kelas. walaupun menjahit bukanlah sesuatu yang di luar kebiasaan saya, sama sekali saya tidak menjangkakan bahawa di kelas kami harus menggunakan mesin jahit manual.
Semalam semasa di kelas, kami diajar segala asas jahitan dari pengenalan kepada alat jahitan kepada penggunaan mesin jahit. sebagai langkah pertama untuk menggunakan mesin jahitan, kami diminta untuk memintal benang ke bobbin menggunakan mesin jahit manual. Bagi yang biasa menggunakan mesin jenis itu, menintal benang ke bobbin merupakan perkara paling mudah. Saya perhatikan sebahagian dari kami tiada punya masalah itu melakukannya. manakala beberapa orang termasuk saya dan sahabat terkial-kial mencuba.
sahabat saya sememangnya agak hairan melihatkan saya tersenyum-senyum kambing kerana pada tanggapannya saya tidak punya masalah untuk menjahit. melihatkan wajahnya yang kehairanan, terus saya berkata kepadanya dalam nada gurauan "aku tak biasa guna mesin tua laa. biasa yang muda-muda aje". Terus kami berdua tertawa kecil. Nasib baik kami mendapat guru yang memahami. Saya pasti beliau telah berdepan dengan 1001 macam telatah dan kerenah pelajar-pelajar yang menghadiri kursus.