Monday, November 10, 2008

Current favourites

Cuurently, addicted to bag/purse making and yarn-dye fabric & japanese cotton stashing.



tengah menggila buat beg dan mengumpul kain 'yarn-dye' & kain cotton jepun.



Friday, November 07, 2008

What I've been doing - part 3

Back to crafting & sewing. Some of my projects including bareback dress and Happy Teacher's day banner.











What I've been doing - part 2

gardening... including agapanthus & french beans








What I've been doing - part

what i've been doing this year? Hmmm , well during the 1st quarter of the year, I didn't have time for crafting or blogging. My hands were full as we took care for my sick father since november 2007. He was bedridden and suffered from aching joints because of his old age. Eventually we lost him in March. I didn't realised that I was deeply affected by the loss. I cried silent tears of deep sorrow and didn't have a heart even to lift a needle or 'playing' with my brand new Bernina I bought a couple of months before my father fall sick.

In June, I gathered myself together. Thank to my dear hubby, kids adn friends who never stop giving me support & motivation. Life goes on. Slowly back to crafting and stashing, meeting new friends. As at todate, I feel lively & motivated and looking forward for a new begining in the 'Land of Hornbill' in the next few days. Yes, we will back there - I used to call it 'a familiar foreign soil'. Well, it is not so foreign to me anymore. From now on , I will call it 'a not-so-foreign soil'. Back in Sarawak but different city. Here I come...

(part 2 - will uploads pictures only)



apa yang aku buat tahun ni? Sebenarnya dalam suku pertama, tiada ruang masa yang boleh aku luangkan untuk aktiviti kraf mahupun 'blogging'. Sejak November tahun lepas, aku sibuk menjaga abah yang sakit kuat, terlantar di katil, menanggung derita penyakit sendi yang sering terjadi pada golongan lanjut usia (usia emas).
akhirnya, Tuhan lebih tahu dan menyayanginya, dia pergi meninggalkan kami pada bulan Mac. Aku tak sedar, rupa-rupanya pemergiannya meninggalkan kesan yang hebat pada diriku. Aku menangis dalam diam dengan penuh rasa duka nestapa.
langsung aku tidak sentuh jarum jahitku yang sekian lama terbiar, begitu juga dengan mesin jahitku , Bernina, yang baru saja aku beli 2 bulan sebelum abah jatuh sakit teruk.

Jun, aku bangkit kembali. Aku bersyukur, punya suami, anak-anak dan kawan-kawan yang begitu memahami, sentiasa memberi semangat dan dorongan. terima kasih. Sekarang aku rasa penuh bersemangat dan bertenaga untuk meneruskan hidup di Bumi Kenyalang tak lama lagi. Ya, kami kembali ke sana, ke negeri yang pernah aku panggil 'tempat asing tapi biasa' (biasa dengar, biasa tengok dalam tv, biasa bergaul dengan kawan-kawan dari sana, pernah melawat sarawak).
sekarang bolehlah aku panggil 'tempat yang tak begitu asing' hehehe.
kali ni kami ke bandar lain. Seghawak, tok kamik datang....

(part 2 - gambar-gambar shj)

Friday, July 25, 2008

Another visit to the hospital

Antoher visit will be this evening. Scheduled for tonsillectomy tomorrow morning. This procedure is highly recommended by the ENT, I have all the criterias. Wish me well. To my needlecraft friends in the viccinity, if you need a spot where you could stitch and bitch, just holler hehehehe


Lagi lawatan ke hospital. Kena buang tonsil esok pagi. ENT yang aku jumpa sangat-sangat rekomen buat ni sebab aku ada semua kriteria yg membolehkan prosedur ni. Doakan aku sihat walafiat. Kepada kawan-kawanku yang suka jahit-menjahit dekat-dekat sini, kalau nak cari 'pot' lepak, telefon laaa yea hehehehe

Thursday, July 24, 2008

Something small in the making - part 3



As at today 12.45pm. Will start quilting later.


Setakat tengahari ni pukul 12.45, akan mula quilting kejap lagi

Sunday, July 20, 2008

Something small in the making



I started to stitch the applique' flower and embroider the stem & leaves today. The background is a simple patchwork I made on Friday night for a Free- motion Quilting learning session on Saturday. But I've decided to practise on scraps a little bit more.

This small project in the making, is a quilt for the tray. Original pattern is from Patchwork Club magazine No. 61 last year. I modified it a little bit here and there.

Since it involves needle turn technique* for those tiny appliques and I don't really have a lot of time to spend on stitching/sewing every day, this project will gonna last more than a week I suppose.



Hari ni, mula jahit applique (sulam tampal) dan buat sulaman untuk daun & batang. Kain dasar tu sebenarnya dah dibuat pada Jumaat malam lagi , sebenarnya untuk kelas Free-motion Quilting pada hari Sabtu. Tapi aku tukar fikiran sebab aku rasa masih perlu berlatih guna kain perca.

Projek ni adalah projek alas dulang. Paten asal dari majalah Patchwork Club keluaran 61 tahun lepas. Aku ubah sikit sini sana.

Untuk projek ni, aku guna teknik needle turn* untuk applique yang kecil molek tu, aku pun bukan ada masa sangat 'menghadap' projek ni hari-hari, aku rasa memang akan ambil masa lebih dari seminggu nak siapkan.



* needle turn - handstitching technique for applique involves invisible stitches and gives emboss effect
teknik ni guna jahitan susup supaya tak kelihatan and bila siap ada kesan timbul yang cantik pada applique

Thursday, July 17, 2008

oh daisy !



Pattern from Quilts & More spring 2008. Fun project, a bit tricky to stitch the base (final step) and tad boring to stuff the fiberfill into it since the size is huge , approx. 6"X6"X3". I's gigantic yet practical. I simply love sticking the pins on the yellow swirly spot and weave my needles in the petals.


Paten ambil dari majalah Quilts & More keluaran Spring 2008. Seronok buat pincushion ni cuma leceh sikit semasa langkah terakhir i.e. jahit tapak kat bahagian bawah dan agak membosankan bila nak sumbat fiberfill sampai padat sebab saiznya yang besar tu. Walaupun bagak tapi praktikal. Aku suka sangat cucuk semua pin kat bahagian tengah yang warna kuning tu dan susupkan jarum-jarum kat kelopak.

Friday, July 11, 2008

Irises in my garden









Sew exciting


Back to sewing, at last. To keep my sanity and being creative at the same time. That's all for now, will be back for more. Will write a little about things that happened for the past few months.
¤ Akhirnya aku kembali ke aktiviti jahit-menjahit, untuk menenangkan fikiran dan dalam pada yang sama mengasah kreativiti mindaku. Sampai sini dulu. Nanti nak kongsi sedikit cerita yang berlaku sepanjang beberapa bulan lepas ¤