Cuti sekolah sudah pun bermula. Minggu lepas, ibubapa & cikgu-cikgu sibuk dengan Hari Anugerah & Graduasi.Tahniah kepada yang berjaya. Minggu ini, calon SPM dapat cuti seminggu sebelum sambung exam minggu depan. Semoga cuti singkat ini, dapat melegakan rasa berdebar-debar bila jawab exam. Yang lain ada yang pergi melancong, ada yang sibuk dengan kenduri, yang berkhatan pun ada. Yang tak ke mana-mana, isikan masa dengan aktiviti yg menyeronokkan & berfaedah. Semoga semua dapat manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Ibubapa, 'please stay cool', OK ;-)
"Jadikan kejayaan & kegagalan hari ini sebagai pemangkin untuk kejayaan masa depan. Sekali berjaya, semoga berusaha untuk terus berjaya lagi. Sekali gagal, bukan bermakna gagal selamanya, berusahalah capai kejayaan."