Saturday, May 05, 2012

knit so, neat not so

last Sunday, after so many years i finally got a chance to learn knitting - the basic & how to. It was a short but fun 3-hours class conducted by a fellow crafter. since I didn't have knitting needles & yarns at home,  to ensure that what i just learned stays in my head, i grabbed a pair of chopsticks & crochet yarns to practice the cast-on, knit, purl & cast-off. Well, it didn't turn up very well but at least it helped me memorizing the step-by-step. And the very next day, i couldn't stop myself from purchasing a pair of straight knitting needles, circular needles & yarns from a thrift shop, Daiso. I did one patch of knitting and very proud of it ;-)      ~Zalita, the novice knitter~


Ahad lepas, setelah sekian lama akhirnya ku berpeluang belajar 'mengait dua jarum' - asas & cara-caranya. Kelas selama 3 jam terasa sekejap sahaja & sungguh seronok. Yang mengajar adalah sahabat kraf kami juga. pulang ke rumah, apalagi terus mencari kayu sepit dan benang crochet untuk berlatih cast-on, knit, purl & cast-off  supaya apa yang baru dipelajari tidak hilang dari kepala. Walaupun ianya tak berapa menjadi, sekurang-kurangnya membantu juga aku mengingati langkah-langkah 'mengait-dua-jarum'. Esok harinya, terus sahaja beli sepasang jarum lurus, jarum berangkai & benang knit di kedai serba-jimat, Daiso. Aku berjaya buat satu knitting patch dan sangat berbangga ;-)       

     ~Zalita, 'budak baru belajar' mengait-dua jarum~

Thursday, March 01, 2012

Selepas beberapa lama...2012 / After a long hiatus...all set & ready for 2012

salam semua, apa khabar? Terimakasih kepada yang masih 'follow' serta kepada yang baru 'follow'. Maaf kerana dah lama tiada cerita di sini. Panjang kisah di sebaliknya tapi saya pendekkan ya ;-)


sementara di BangsarSelepas kembali ke Semenanjung, pada Mei tahun lepas, kami sekeluarga menetap sementara di Bangsar sebelum berpindah ke Kajang. Seperti perpindahan sebelumnya (ya kami berpindah secara purata setiap 2 tahun), saya sibuk mengemas rumah, menyusun semula barang2 dan tak lupa menguruskan persekolahan baru anak2. Dalam kesibukan itu, rupa2nya saya mengandung. Kami tak sangka ;-) . Saya alami morning sickness yang sangat teruk, banyak kerja yang tertangguh. Namun, khabar gembira terhenti pada minggu ke 11-12 kandungan, beberapa hari sebelum Ramadhan. Saya mengalami keguguran, serta komplikasi semasa proses D & C. Saya dimasukkan ke hospital selama 9 hari dan disyorkan berehat selama 2 bulan. Saya masih jumpa doktor sehingga awal Oktober.
 Sememangnya, selepas berpindah ke Kajang, saya tak sempat kembali ke aktiviti menjahit& kraf  sehinggalah akhir bulan Oktober. Itu pun tidak rancak seperti sebelumnya.
students di Kolej Komuniti Klang ;-)
students di Kolej Komuniti Klang

Pada bulan Disember, saya menerima jemputan mengajar Kelas Patchwork & quilting di Kolej Komunti Klang. Awal tahun 2012, sibuk dengan persekolahan anak2. Saya kembali aktif menjahit & kraf seperti biasa pada bulan Februari. Dengan harapan, momentum ini dapat dikekalkan & ditambah sehinggal ke penghujung tahun.
Tidak seperti tahun 2011, yg mana fokus saya lebih kepada aksesori & pakaian, tahun 2012, saya lebih kepada barangan bayi& ibu bersalin seperti quilt, barut, bedung dll. Dalam pada masa yg sama, turut menjual secara kecil2 barangan jahitan utk patchwork & quilting.





Hi, how are you? Thank you for still following and thank you to new followers as well. It had been a long silence in here, there is a long storyto tell but i'll make it shorter ;-)
sementara di BangsarAfter we moved back to Semenanjung in May last year, we temporarily resided in Bangsar before moving to Kajang. Like another moving house episode (we live semi-nomadically for the past 10 years i.e. in average we move in every 2 years) i had been very busy unpacking & re-arranging things plus managing the kids new school & kindie. amidst the hectic schedule, we found that we were pregnant. it was a very pleasant surprise, indeed. However, i experienced a very bad morning sickness. i was so sick and unable to do lots of thing. Then, it was about week 11-12 of pregnancy just couple of days before Ramadhan, i misccariaged. And there was a complication during the D & C - i lost about 5pints of blood and bed ridden for days.  i was discharged after 9 days in the hospital, and the doctor asked me to get rest for at least 2 months. follow up appointments were made until early October.
Actually, after we moved to Kajang, i've never really get the chance to sit down and enjoying sewing & crafting until end of October. It was not as productive as before, though.

 In December, i got an invitation via a friend to teach Patchwork & Quilting at Kolej Komuniti Klang.students at Kolej Komuniti Klang ;-)

 Early 2012, i was busy more on kids school thingy. By February, i'm back on my track, sewing & crafting as usual hoping that this momentum will last and maybe accelerated until the end of the year.
Unlike 2011, last year I was more on sewing clothes; accessories. this year 2012, i do lots of baby & maternity things e.g. baby quilts,bedding, swaddle, nursing covers etc. after considering demand especially from my students & friends, I also started selling patchwork  & quilting tools / supplies 

Wednesday, March 23, 2011

Aksesori LHC di Pesta Kaul, Mukah / LHC accesories at Kaul Festival in Mukah


  Sempena Pesta Kaul di Mukah pada penghujung April tempoh hari, LHC berkolaborasi dengan Nieshya Enterprise menjual akesori rambut di sana. Terima kasih kepada sahabat LHC, @zaynab ismawi .
Last April, under a collboration with Nieshya Enterprise, LHC hair accesories were available during Kaul Festival  in Mukah. Thank you LHC friend, @zaynab ismawi

Sunday, March 20, 2011

Projek Kamu-Hasilkan-Sendiri semasa cuti sekolah / Do-It-Yourself (DIY) during school holiday

Hari Ahad yang lepas, kami ke kedai barangan kanak-kanak yang baru beroperasi untuk membeli beberapa set Projek-Kamu-Hasilkan-Sendiri untuk anak-anak sempena cuti sekolah. Mereka memang gemar aktiviti sebegini dan saya pula sememangnya sangat suka dengan set tersebut. Semua barang yg diperlukan untuk sesuatu projek itu ada di dalam kotaknya. Sekiranya anda merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak, set sebegini amat sesuai dibawa. Malahan set ini dapat membantu mengembangkan daya kreativiti & imaginasi kanak-kanak disamping memperkenalkan kepada mereka suatu kemahiran pembelajaran yang  baru.

Last Sunday, we went to the new kiddies shop in town purchasing some DIY kits for the kids to do during the school holiday. The kids really enjoyed this kind of activity. And i simply like the DIY kits. all you need for the project are in the box. Perfect for you to bring if you are planning to go for holiday with kids. These DIY kits could help developing the kids' creativity & imagination on top of introducing a new learning skill to them.
projek buku skrap, anak patung & robot (scrapkbooking, doll making & build your own robot)
projek buku skrap, anak patung & robot (scrapkbooking, doll making & build your own robot)